Sejumlah 30 petugas khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) berlepas ke Ukraine malam tadi bagi menyambung misi di lokasi nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17.

    

Pasukan itu, yang berlepas pada kira-kira 11.45 malam, terdiri daripada pegawai dan anggota Komando Vat 69, Forensik, Cawangan Foto, Persenjataan, Unit Simpanan Persekutuan dan perhubungan awam diketuai Timbalan Pengarah Pasukan Gerakan Am Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam Datuk Muhammad Fuad Zarim.

    

Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Fuzi Harun berkata kumpulan itu adalah yang pertama ke Ukraine setelah pasukan sebelum ini kembali ke tanah air pada 12 Ogos lepas berikutan pergolakan di kawasan berkenaan.

    

"Malaysia dan Ukraine telah mencapai persetujuan untuk membenarkan Malaysia menghantar 'anggota bukan tentera' Malaysia menyertai pasukan antarabangsa di kawasan pesawat itu terhempas untuk menyiasat nahas itu sejajar Resolusi 2166Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu," katanya.

    

Beliau berkata demikian dalam ucapan bersempena majlis penghantaran pasukanitu di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), yang turut disertai  Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

    

Fuzi berkata persetujuan dua hala itu turut membenarkan sehingga 90 'anggotabukan tentera' Malaysia menyertai pasukan antarabangsa di kawasan pesawatterhempas, dan dalam masa terdekat, 50 anggota lagi akan dihantar.

    

Beliau berkata pasukan kali ini dianggotai petugas sama dalam misi sebelumini bagi mencari saki-baki mayat mangsa MH17.

    

"Sesungguhnya pemergian misi ini adalah bagi menyahut komitmen kerajaan yangtidak akan berhenti mencari jenazah mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu," katanya.

    

Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ditembak jatuh di timur Ukraine.

    

Selain 43 penumpang dan anak kapal warga Malaysia, penumpang pesawat itu terdiri daripada warga Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand.

- Bernama