BERITA Malaysiakini

Pemimpin Majlis Peguam dilarang masuk Vietnam

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Pengerusi Bersama Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam Andrew Khoo dilarang daripada memasuki Hanoi sejurus selepas mendarat di bandar di Vietnam itu.

Khoo berkata, beliau diiring kembali ke pesawat yang dinaikinya dan tidak diberikan sebarang alasan berhubung larangan itu.

Beliau berkata dimaklumkan perkara itu ketika dibawa ke pejabat imigresen di lapangan terbang selepas pasportnya dicop.

Di situ, katanya, beliau melihat pekerjanya sibuk mengisi borang tertentu, membuat panggilan telefon dan pasportnya disalin beberapa kali.

“Selepas kira-kira 20 minit, saya dimaklumkan bahawa saya dilarang masuk ke Vietnam, cop masuk saya dibatalkan dan saya diiring semula ke pesawat Malaysian Airlines MH753 yang membawa saya ke sini,” tulisnya di Facebook.

[Baca berita penuh]