Kementerian Luar mengesahkan seramai 29 orang siswa warga Malaysia yang melancong ke Jammu dan Kashmir terperangkap di kawasan itu akibat banjir.

Perhubungan dengan dua kumpulan siswa itu juga terputus, menurut satu kenyataan dikeluarkan dari kementerian tersebut.

“Mereka terdiri daripada siswa Manipal Medical Campus dari negeri Karnataka, kebanyakannya tajaan JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) and MARA (Majlis Amanah Rakyat) serta pelajar persendirian.

Pelajar itu terbahagi kepada dua kumpulan, antaranya sepuluh orang siswi yang dilaporkan berada di Pahalgam.

Kumpulan itu tidak dapat dihubungi oleh Konsulat Malaysia.

“Seramai 19 lagi pelajar terperangkap di sebuah hotel di Srinagar, ibu negeri Jammu dan Kashmir,” kenyataan itu dipetik.