Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kerajaan Malaysia harus memberikan penghormatan sama kepada wartawan sama seperti pengamal dalam bidang lain, kata sebuah kesatuan wartawan Indonesia.

Presiden Aliansi Jurnalis Independen (AJI) Eko Maryadi berkata, wartawan Malaysia patut dibenarkan menjalankan tugas tanpa rasa takut atau diganggu.

“AJI menggesa polis dan ahli politik Malaysia berhenti mengganggu wartawan dan hormat pada kerjaya mereka seperti pengamal dalam bidang lain seperti ahli akademik, guru, doktor...,” katanya kepada Malaysiakini .

Eko berkata, AJI “sangat bimbang” berhubung penahanan penolong editor Malaysiakini Susan Loone di Pulau Pinang bawah Akta Hasutan 1948 pada Khamis lalu.

“Kami teguh bersetiakawan dengan kesemua wartawan Malaysia, terutamanya editor Malaysiakini yang ditahan,” katanya.

Loone ditahan pada 4 September berhubung tulisannya yang memetik exco Pulau Pinang Phee Boon Poh berkaitan penahanannya dalam isu Pasukan Peronda Sukarela (PPS) negeri.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS