Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Peperiksaan semula 43,000 calon penguasa kastam
Diterbitkan:  Sep 11, 2014 11:21 AM
Dikemaskini: 3:24 AM

Sejumlah 43,014 calon menduduki semula peperiksaan dalam talian Penguasa Kastam W41 malam ini, termasuk 127 calon yang berada di luar negara, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam.

Beliau berkata calon luar negara termasuk di Arab Saudi, Singapura, Turki, United Kingdom, Ireland, Australia, Taiwan dan New Zealand.  

"SPA mengucapkan terima kasih kepada calon-calon peperiksaan ulangan dalam talian Penguasa Kastam Gred W41 dan didoakan semoga berjaya dalam peperiksaan kali ini," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur.

Peperiksaan ulangan itu diadakan dari pukul 8.00 hingga 11.00 malam ini susulan masalah teknikal semasa peperiksaan sebenar pada Sabtu lepas.

Sebanyak 84,856 calon dipanggil menduduki peperiksaan itu namun hanya 56,546 calon, atau 67 peratus, menduduki peperiksaan dengan jayanya pada hari berkenaan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS