Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata tiada sebarang arahan dikeluarkan kepada polis untuk menghentikan siasatan kes di bawah Akta Hasutan.

"Tugas pihak PDRM adalah untuk melakukan siasatan apabila adanya laporan polis.

"Dan kertas siasatan apabila diselesaikan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara. Tugas pendakwaan adalah di bawah Jabatan Peguam Negara.

"Kita meletakkan kepercayaan 100 peratus pada peguam negara untuk melakukan pendakwaan berdasarkan budi bicara yang terdapat di dalam undang-undang yang telah termaktub di dalam Akta Hasutan," katanya kepada pemberita.

Beliau mengulas kenyataan peguam negara yang mahu mengkaji semula dakwaan kes hasutan.

Tindakan yang dijalankan mengikut akta tersebut kini menyebabkan ahli politik Pakatan Rakyat, ahli akademik, pendakwah dan wartawan diheret ke mahkamah.

[Baca berita asal]