Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KP FELDA lawat kelab Glasgow curi perhatian
Diterbitkan:  Sep 11, 2014 5:49 PM
Dikemaskini: 11:26 AM

Ketua Pengarah FELDA Datuk Faizoull Ahmad mencuri perhatian ramai apabila dilaporkan melawat sebuah kelab bola di Scotland semalam bersama seorang individu yang dilaporkan dikehendaki polis antarabangsa, Interpol.

Foto yang disiarkan oleh Tabloid Scotland, Daily Record yang dikatakan gambar Faizoull melawat kelab bola Glasgow Rangers bersama Rafat Rivzi susulan spekulasi bahawa pegawai tertinggi Felda itu dilapor antara individu yang berminat membeli kelab yang berdepan kemerosotan prestasinya.  

Bagaimanapun, laporan BBC memetik seorang jurucakap kelab itu sebagai menafikan bahawa Faizoull mahu membeli kelab itu tetapi mengesahkan kehadiran Rafat, tanpa pengetahun mereka, bersama delagasi Malaysia ke kelab itu.

Rivzi, seorang warganegara UK keturunan Pakistan, pada 2010 disabitkan kesalahan kerana didakwa terlibat dalam kes penipuan bernilai ratusan juta USD tanpa kehadirannya di mahkamah di Jakarta dan dihukum 15 tahun penjara.

Ini dilaporkan berkaitan peranannya dalam kejatuhan Bank Century Indonesia, tetapi republik itu tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan UK.

Berdasarkan senarai individu yang dikehendaki Interpol, yang boleh diakses secara atas talian, Rafat dikehendaki kerana "rasuah, penggubahan wang dan jenayah perbankan".

Kelibat Faizoull dan Rafat yang dirakam lensa Daily Record dilapor mencetuskan kegusaran di kalangan peminat Glasgow Rangers.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS