Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Soalan UPSR bocor, dua lagi ditahan
Diterbitkan:  Sep 15, 2014 3:20 PM
Dikemaskini: 7:42 AM

Seorang guru dan ejen insurans adalah dua lagi individu yang ditahan berhubung kes kebocoran soalan kertas mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

    

Mereka ditahan di Kedah dan Sentul di ibunegara semalam.

    

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Gan Kong Meng berkata guru lelaki tersebut berusia 37 tahun sementara ejen insurans lelaki itu berumur 31 tahun.

    

Beliau berkata sehubungan itu enam individu ditahan berhubung kes berkenaan setakat ini.

    

"Enam yang ditahan itu termasuk lima orang guru dan seorang ejen insurans. Bagaimanapun dua individu telah dibebaskan atas jaminan polis dan empat lagi direman sehingga Khamis ini," katanya dalam satu kenyataan.    

        

Semalam empat orang guru, tiga lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 30 dan 54 tahun ditahan di Pulau Pinang dan Parit Buntar, Perak.

    

Dua lagi individu telah dibebaskan atas jaminan polis selepas rakaman percakapan mereka diambil.

    

Polis telah memanggil 12 individu termasuk enam pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), seorang wartawan dan lima orang guru untuk diambil keterangan mereka.

    

Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid mendudukinya Khamis lalu manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan sebelum pelajar mendudukinya pada hari yang sama.

    

LPM menetapkan 30 September sebagai tarikh baru peperiksaan bagi kedua-dua kertas itu.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS