Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hak pekerja Malaysia antara terburuk
Diterbitkan:  Sep 17, 2014 2:13 PM
Dikemaskini: 10:13 AM

Malaysia disenaraikan antara negara terburuk untuk bekerja, menurut Indeks Hak Global, Gabungan Kesatuan Sekerja Antarabangsa (ITUC) yang dikeluarkan baru-baru ini.

Dalam skala 1 hingga 5+, Malaysia mendapat 5 mata, dengan 5+ dikelaskan untuk negara dilanda perang yang tidak mempunyai sebarang undang-undang berkaitan hak pekerja, seperti Somalia dan Palestin.

Kebebasan sivil, hak membentuk atau menyertai kesatuan sekerja, aktiviti kesatuan sekerja, hak berunding bersama dan hak bermogok antara petuntuk yang diguna untuk menentukan kedudukan indeks negara-negara diteliti.

Antara 139 negara dikaji tahun lalu, Malaysia berada di kedudukan lebih rendah daripada jirannya Indonesia dan Singapura dalam alaman hak-hak pekerja.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS