Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Scotland tolak pemisahan, kekal bersama UK
Diterbitkan:  Sep 19, 2014 9:55 PM
Dikemaskini: 1:59 PM

Scotland hari ini mencatatkan sejarah apabila referendum untuk merdeka sepenuhnya dari United Kingdom (UK) menyaksikan majoriti rakyatnya memilih untuk kekal bersama UK.

Undi untuk mengekalkan penyatuan selama 307 tahun itu memberikan kelegaan buat jutaan rakyat Britain termasuk Perdana Menteri David Cameron.

Ini kerana seandainya Scotland merdeka sepenuhnya ia diramal akan meruntuhkan empayar UK, mencetuskan masalah kewangan dan mengurangkan pengaruh Britain di peringkat global.

Pada masa sama, masa hadapan David Cameron sebagai PM juga bergantung kepada keputusan referendum itu.

Dengan 31 daripada 32 konstituensi selesai melakukan kiraan undi, 55 peratus daripada mereka yang mengundi memilih untuk kekal.

45 peratus lagi pula memilih untuk merdeka sepenuhnya.

Idea untuk melaksanakan referendum itu bermula pada tahun 2011 apabila Parti Nasional Scotland membawa manifesto untuk berbuat demikian.

Dalam pilihan raya umum Mei tahun yang sama, parti itu berjaya menawan majoriti kerusi Parlimen Scotland.

Ia adalah kemenangan majoriti besar yang pertama sejak Parlimen Scotland dihidupkan semula pada 1999.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS