Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Bekas Menteri Luar Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar hari ini menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) sempena majlis konvokesyen Asia e-University (AeU) kali ke-4 di Kuala Lumpur.

Syed Hamid, 70, menerima PhD tersebut menerusi penghasilan tesis bertajuk "Kepentingan Negara dalam Polisi Luar Malaysia: Era Mahathir (1981-2003)."

PhD tersebut disampaikan Pengerusi AeU Prof Emeritus Tan Sri Dr Syed Jalaludin Syed Halim, yang juga Ahli Lembaga Pengarah universiti itu.

Bercakap kepada Bernama selepas instiadat konvokesyen itu, Syed Hamid yang juga Duta khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke Myanmar berkata beliau mengambil masa tiga tahun mulai 2011 untuk menghasilkan tesis tersebut yang disifatkan dekat dengan dirinya.

"Saya merupakan pengamal dasar luar kerana menjadi menteri luar pada 1999 hingga 2008, dan dari situ saya tengok segala pendekatan yang diambil bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad amat berkesan.

"Walaupun Malaysia negara kecil, tapi kita berjaya jadi 'negara kuasa tengah', idea serta peranan kita diiktiraf sama ada di peringkat rantau atau antarabangsa," kata Syed Hamid yang juga Pengerusi Suruhanjaya Perkhidamatan Awam Darat (SPAD) itu.

- Bernama

Lihat Komen
ADS