Mahkamah Rayuan hari ini memberikan penangguhan terhadap arahan yang memaksa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk menahan bekas suami M Indira Gandhi dalam kes perebutan jagaan anak.

Mahkamah juga menolak permohonan Indira, seorang guru tadika, untuk mengetepikan penangguhan sementara yang diperoleh Khalid sebelum ini.

Dengan arahan itu, Khalid ( kanan ) terlepas daripada prosiding menghina mahkamah kerana tidak menjalankan arahan untuk menahan K Pathmanathan @ Mohd Ridhuan Abdullah dalam masa ditetapkan, untuk mengembalikan anak mereka kepada pihak ibu seperti diputuskan sebelum ini.

Penangguhan itu diberikan sehingga pendengaran rayuan Khalid terhadap arahan Mahkamah Tinggi Ipoh, yang dijadual pada 3o Oktober.

Keputusan itu dibuat oleh panel tiga anggota diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif.

[Baca berita asal]