Kempen anti-GST di ekspo kerajaan
NGO Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) merancang untuk mengadakan kempen anti-GST di ekspo penerangan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) anjuran kerajaan.
Dalam kenyataan mereka semalam, JERIT merancang untuk mengedarkan risalah anti-GST kepada pengunjung ekspo tersebut.
Ekspo itu akan bermula dari 1 hingga 3 Oktober ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
"Untuk menguatkan lagi penolakan terhadap GST, gabungan ini merancang kempen risalah pada 1 dan 2 Oktober ini di hadapan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur," kata JERIT dalam kenyataan.
JERIT merancang untuk melaksanakan kempen itu berdekatan pintu utama ekspo mulai jam 12 sehingga jam 2 petang.
GST yang dikenakan ke atas pembelian barangan dan perkhidmatan akan dilaksana bermula pada April 2015.
Lapor komen ini


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.