Adakah masyarakat Dayak yang merupakan kira-kira 50 peratus daripada jumlah penduduk Sarawak secara paksa diserahkan kepada penjajah British kepada 'tuan yang lain' semasa pembentukan Malaysia?

"Ini adalah persoalan yang sering dipersoal masyarakat Dayak sama ada mereka hanya dipindahkan dari satu penjajah kepada penjajah yang lain,” kata Kongres Kebangsaan Dayak (DNC) dalam satu kenyataan semalam.

DNC merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan yang berpengaruh dengan keahliannya terdiri daripada pesara tentera, pegawai polis, pesara kerajaan, ahli perniagaan, aktivis.

"Tetapi ia bukan satu desakan untuk pemisahan. Sebaliknya, ia adalah satu desakan untuk kita semua, masyarakat Dayak dan bukan Dayak khususnya kepada kerajaan negeri Sarawak supaya mengambil serius menjadikan Dayak sebagai rakan kongsi.

"Selepas semua ini, Malaysia tidak akan wujud sekiranya masyarkat Dayak berkata tidak kepada cadangan itu," kata DNC dalam satu kenyataan yang ditandatangani oleh naib presidennya, R Dominic Giah.

[Baca berita asal]