BERITA

Zuhdi: Pengurangan exco PAS satu provokasi

Diterbitkan
Dikemaskini 30 Sep 2014, 5:04 pagi

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Zuhdi Marzuki mendakwa pengurangan exco PAS daripada empat kepada tiga kerusi di Selangor adalah satu provokasi supaya parti itu memikirkan kedudukan mereka dalam Pakatan Rakyat.

Beliau juga mendakwa beberapa kenyataan dan tindakan pemimpin PKR dan DAP seolah-olah cuba membuli PAS dan menunjukkan mereka sudah tidak mahu bekerjasama lagi dengan PAS, lapor Sinar Harian .

Laporan itu juga menyebut, ia boleh disimpulkan sebagai "usaha secara halus" untuk menyingkirkan atau PAS sendiri menarik diri daripada Pakatan.

"Kenyataan Lim Guan Eng yang menyatakan empat exco PAS sebagai pengkhianat dan kenyataan Ketua Pemuda DAP Sarawak, Wong King Wei yang memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan PAS sedikit sebanyak memberi gambaran mereka tidak suka PAS dalam Pakatan Rakyat.

"Malah, pengurangan tiga exco PAS dalam kerajaan Selangor juga tindakan provokasi supaya PAS memikirkan semula masa depan dengan Pakatan," katanya seperti dilapor akhbar itu hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan MP Pasir Mas, Nik Abduh Nik Aziz bahawa PAS menjadi mangsa buli PKR dan DAP.

Zuhdi sebelum ini mencuri perhatian ramai dengan 'analisis senario' beliau tentang kemungkinan PAS meninggalkan Pakatan Rakyat.

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.