Universiti-universiti di Malaysia masih gagal menempati diri di kalangan 200 institut pengajian tinggi paling berpengaruh di seluruh dunia.
Dalam ranking tahunan terbaru Times Higher Education (THE), Malaysia masih gagal menempatkan diri walaupun trend sebaliknya berlaku di rantau ini.
Sebagai contoh, Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) kini tersenarai antara 25 teratas, menyertai Universiti Tokyo.
“Ia tahun yang kuat untuk Asia. Terdapat 24 universiti daripada benua Asia dalam senarai 200 teratas,” kata Editor Ranking Universiti Dunia THE Phil Baty dalam kenyataannya hari ini.
Jun lepas, Malaysia terkeluar daripada ranking 100 teratas universiti Asia. NUS di tempat kedua dalam ranking itu.