Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata, beliau masih menunggu taklimat berhubung rampasan kontroversi Bible di negeri itu sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

Katanya, beliau masih menunggu penjelasan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) berhubung isu itu.

Katanya, perkara itu masih dalam perbincangan dan sebelum ini pihaknya menumpukan kepada isu penstrukturan semula air negeri dan lain-lain isu terlebih dahulu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita dalam majlis sambutan Hari Raya Aidiladha di rumahnya pagi ini.

Katanya, tidak adil untuk beliau mengulas perkara itu sebelum mendapat maklumat daripada pihak berkuasa agama terlebih dahulu.

Dua minggu lalu, semasa mengangkat sumpah sebagai menteri besar, Azmin berikrar menyemak semula rampasan Bible dan beberapa keputusan yang dibuat oleh pendahulunya Tan Sri Khalid Ibrahim.

[Baca berita asal]