Bung: Tangkap penentang Akta Hasutan
Diterbitkan: Oct 7, 2014 11:00 AM | Dikemas kini: Oct 7, 2014 11:09 AM
Anggota Parlimen (MP) Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin mahu kerajaan menangkap mereka yang berkempen until menghapuskan Akta Hasutan 1948.
Menurutnya mereka yang berkempen itu mempunyai "niat tidak baik" kepada kerajaan.
"Mereka minta akta (hasutan) dihapuskan, jadi mereka ada niat tidak baik.
“Lebih baik tangkap awal-awal," kata beliau dalam perbahasan Parlimen mengenai penggunaan Akta Hasutan terhadap beberapa wakil rakyat, ahli akademik dan seorang wartawan.
MP Pokok Sena Mahfuz Omar kemudiannya bangun mencelah dan secara sinis mengatakan Perdana Menteri dan presiden Umnolah yang mempunyai "niat tidak baik" kerana pernah mengumumkan untik menghapuskan akta itu dua tahun lalu.

