CSL: Sekolah vernakular isu lama nak tunjuk hebat
Kritikan terhadap sistem sekolah jenis kebangsaan Cina dalam perhimpunan agung tahunan Umno bahagian-bahagian sengaja untuk mencari publisiti mudah, kata bekas presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Selain menggalakkan Malaysia yang berbilang bahasa, katanya, pemimpin Umno negeri secara meluas tidak mempedulikan hak mendapat pendidikan dalam bahasa ibunda, yang dilindungi Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.
“Ini isu lama yang sering digunakan oleh ahli politik bertentangan di kedua-dua pihak untuk membuatkan mereka nampak hebat dan baik,” katanya dalam blog hari ini.
Menurut Chua, menyifatkan pendidikan vernakular sebagai punca perpecahan adalah pandangan cetek.
Ini kerana pelajar bukan Cina sudah mencecah 15 peratus di sekolah jenis kebangsaan Cina dan saban hari semakin meningkat.
Dalam perhimpunan agung Umno bahagian baru-baru ini, banyak mencadangkan resolusi menuntut kerajaan memansuhkan sekolah Cina atau menghentikan pembinaan sekolah baru jenis itu, kata Chua.
Ketua Umno Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee hari ini berkata , timbul cadangan agar isu sekolah satu aliran dibahaskan dalam Perhimpunan Agung Umno November ini bukan bermakna parti itu mahu menjadi hero.

