Gerakan: Jangan korban sekolah Cina demi politik
Gerakan menggesa Umno, rakan BN mereka, untuk tidak menjadikan sekolah jenis kebangsaan Cina sebagai korban untuk tujuan politik.
Mengulas desakan pemimpin Umno Wilayah Persekutuan Syed Ali Alhabshee untuk menuntup sekolah vernakular, Setiausaha Agung Gerakan Liang Teck Meng ( bawah ) menyifatkan gesaan itu sebagai “melampau”.
“Tutup sekolah vernakular Cina sebuah tindakan melampau, pendidikan sesuatu yang suci dan pelajar tidak patut dijadualkan korban untuk tujuan politik,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, dakwaan bahawa sekolah jenis itu halangan kepada perpaduan nasional tidak masuk akal dan tidak berasas sama sekali.
Syed Ali semalam berkata , timbul cadangan agar isu sekolah satu aliran dibahaskan dalam Perhimpunan Agung Umno November ini bukan bermakna parti itu mahu menjadi hero.
Tetapi, katanya, ini kerana Umno lebih mengutamakan soal perpaduan rakyat yang berjaya dipertahankan sehingga kini.

