PM: RM2 bilion tajaan pelajaran Bumiputera
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan sebanyak RM2 bilion menerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk menaja pelajaran kepada Bumiputera yang layak.
Beliau yang juga menteri kewangan berkata inisiatif itu tindakan itu sebagai usaha untuk membangunkan modal insan bumiputera.
Inisiatif itu dinyatakan Najib dalam Bajet 2015 di Dewan Rakyat hari ini.
"Sebagai sebuah institusi unggul Bumiputera, MARA perlu terus diperteguhkan. Pastinya antara aspek yang terpenting ialah Pembangunan Modal Insan.
"Ia merupakan salah satu pelengkap bagi Memperkasa Agenda Bumiputera," katanya.
Selain itu, Najib berkata sebanyak RM72 juta akan digunakan oleh Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dalam pelaksanaan tiga program dalam bentuk biasiswa, latihan dan bantuan kewangan melibatkan 5,000 orang.
Najib juga berkata insiatif lain ialah menubuhkan Pusat Perakaunan Profesional di Universiti Teknologi Mara dengan kerjasama Institut Akauntan Malaysia.

