Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
80,000 unit rumah akan dibina bawah PR1MA
Diterbitkan:  Oct 10, 2014 6:12 PM
Dikemaskini: 10:13 AM

Kerajaan akan menangani isu pemilikan rumah dengan harga berpatutan melalui pembinaan 80,000 unit rumah di bawah

Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dengan peruntukan RM1.3 bilion.

    

Membentangkan bajet bertemakan, 'Bajet 2015: Ekonomi Keperluan Rakyat' di Parlimen hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bagi membolehkan lebih ramai rakyat memiliki rumah, had kelayakan pendapatan isi rumah dinaikkan daripada RM8,000 kepada RM10,000.

    

Di samping itu, Skim Pembiayaan Sewa Beli akan diperkenalkan khusus kepada individu yang tidak berupaya mendapat pembiayaan daripada bank.

    

Selain itu, RM644 juta diperuntukkan bagi Jabatan Perumahan Negara untuk membina 26,000 unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR).

    

Syarikat Perumahan Negara Bhd akan membina 12,000 unit Rumah Mesra Rakyat, 5,000 unit Rumah Idaman Rakyat, dan 20,000 unit Rumah Aspirasi Rakyat di atas tanah persendirian.

    

Najib juga berkata kerajaan bersetuju melanjutkan pengecualian duti setem  50 peratus ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman serta menaikkan had harga rumah daripada RM400,000 kepada RM500,000.

    

"Pengecualian ini diberikan sehingga 31 Dis, 2016," kata Najib, yang juga Menteri Kewangan.

    

Selaras dengan pengecualian duti setem tersebut, beliau berkata had nilai harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan kepada RM500,000 dengan had kelayakan umur peminjam turut dinaikkan daripada 35 kepada 40 tahun.

    

Mengenai cukai keuntungan harta tanah, yang ditaksir secara formal, kini akan ditaksir secara sendiri oleh pembayar cukai mulai tahun 2016, selaras dengan hasrat kerajaan untuk terus memodenkan sistem percukaian negara.

- Bernama

Lihat Komen
ADS