Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak menggesa kumpulan-kumpulan dalam MCA menghentikan perbalahan dalaman kerana ia menyusahkan semua pihak.

“Jika ada Tim A, Tim B, Tim C, saya akan keliru.

“Saya susah, setiausaha agung susah, BN susah, kita semua susah, timbalan pengerusi pun susah,” kata Najib dalam perhimpunan agung tahunan MCA di Kuala Lumpur hari ini.

Katanya, perbalahan dalaman hanya akan membuatkan orang ramai bosan.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Najib sebagai berkata, BN memerlukan MCA menjadi kuat dan bersatu, supaya boleh membantu mengembalikan semula sokongan Cina pada pilihan raya akan datang.

"Masa depan MCA bergantung pada perpaduan. Perlu saling bekerjasama dan kuat bersama-sama. MCA ialah rakan kongsi kami (BN). MCA jangan gaduh sesama sendiri.

“Sudah-sudahlah. Jangan bergaduh lagi," beliau dipetik sebagai berkata.

Beliau juga berkata, percakaran sesama sendiri menyebabkan parti itu hilang hala tuju.

[Baca berita asal]