BERITA

Najib: Minta kami bantu, tapi sokong Pakatan

Diterbitkan
Dikemaskini 13 Okt 2014, 2:23 pagi

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, masyarakat Cina tidak patut menuntut sesuatu daripada kerajaan jika mereka menyokong pembangkang.

Katanya, beliau berniat untuk lebih membantu masyarakat Cina tetapi beliau juga memerlukan sokongan mereka terhadap BN.

“Kamu harus lakukan bahagian kamu, kamu tidak boleh menuntut dan kemudian sokong DAP, kamu tidak boleh tuntut (dan kemudian) sokong Pakatan Rakyat,” katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap dalam perhimpunan agung tahunan MCA di Kuala Lumpur hari ini.

Kemerosotan sokongan masyarakat Cina terhadap BN dalam pilihan raya umum ke-13 lalu digelar sebagai “tsunami Cina” sebelum ini.

[Baca berita asal]

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.