AG digesa jelaskan 'mesyuarat 14 Ogos'
Diterbitkan: Oct 12, 2014 2:56 PM | Dikemas kini: Oct 12, 2014 3:44 PM
Pakatan Rakyat menuntut Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk menjelaskan sama ada tindakan terhadap ahli politik dan aktivis bawah Akta Hasutan mempunyai kaitan dengan Umno.
Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, siri pendakwaan bawah akta itu sebahagiannya berdasarkan laporan polis oleh anggota Umno tidak lama selepas “mesyuarat 14 Ogos”.
Justeru beliau membangkitkan persoalan sama ada tindakan itu dibuat ekoran arahan pemimpin Umno.
“Siapa dan Umno bahagian mana terlibat dalam mesyuarat kontroversi itu?” soalnya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

