Seorang pemimpin DAP membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana memberitahu masyarakat Cina untuk tidak menuntut sesuatu jika terus menyokong pembangkang.

Anggota parlimen Seremban Anthony Loke berkata, kenyataan perdana menteri itu seperti menganggap orang Cina sebagai “masyarakat pengemis”.

“Beliau seperti fikir bahawa orang Cina sentiasa meminta-minta kepada kerajaan dan tidak menghargai bantuan diberikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengingatkan bahawa rakyat Malaysia tidak kira bangsa bukanlah pengemis.

“Tetapi sebagai warganegara, setiap orang mempunyai hak untuk layanan sama rata daripada kerajaan,” tambahnya.

Bercakap dalam perhimpunan agung tahunan MCA hari ini, Najib berkata, beliau ingin memberikan lebih kepada masyarakat Cina tetapi memerlukan sokongan mereka untuk BN.

[Baca berita asal]