Kes pensyarah cabar Akta Hasutan didengar 5 Nov
Diterbitkan: Oct 13, 2014 12:52 PM | Dikemas kini: Oct 13, 2014 12:54 PM
Cabaran pensyarah Universiti Malaya (UM) Prof Madya Dr Azmi Sharom terhadap kesahan Akta Hasutan 1948 berdasarkan perlembagaan akan didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 5 dan 6 November.
Bercakap selepas pengurusan kes hari ini peguam Azmi, Gobind Singh Deo berkata ia akan didengar oleh hakim Kamardin Hashim.
Azmi mencabar kesahan Seksyen 4 Akta Hasuan.
Sebelum itu, Gobind meminta Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk menangguhkan semua kes hasutan melibatkan seksyen itu kerana kes Azmi itu akan memberi kesan kepada semua.
“Bagaimanapun kes-kes lain masih diteruskan,” kata Gobind.

