'AG mesti adil, tangguh semua kes hasutan'
Diterbitkan: Oct 13, 2014 1:26 PM | Dikemas kini: Oct 13, 2014 1:28 PM
DAP menggesa peguam negara (AG) menangguhkan semua pendakwaan bawah Akta Hasutan 1948 ekoran keputusan mahkamah menangguhkan kes melibatkan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia Abdullah Zaik hari ini.
Anggota parlimen Puchong dariapda DAP Gobind Singh Deo dalam kenyataannya berkata AG patut mempertimbang mengarahkan pendakwaan berkaitan ditangguhkan bagi menunggu keputusan kes pensyarah Azmi Sharom yang mencabar kesahan akta itu.
Beliau berkata demikian selepas mahkamah hari ini menangguhkan kes Abdulllah Zaik sementara menunggu keputusan kes Azmi.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.