Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang dilantik sebagai setiausaha agung parti itu menolak dakwaan bahawa beliau 'turun pangkat'.

Sebaliknya, kata Rafizi, jawatan setiausaha agung penting untuk mengukuhkan jentera dan kekuatan parti.

“Kekuatan parti bergantung kepada keberkesanan pejabat setiausaha agung.

"Ia sama sekali bukan turun pangkat,” katanya kepada Malaysiakini .

Rafizi juga menolak dakwaan bahawa kedudukan itu sebagai hadiah kerana beliau sebenarnya memang dalam pemilihan parti sebelum ini sebagai naib presiden.

“Saya tidak kalah pemilihan, saya memang. Parti mahu tumpuan khusus untuk menaik taraf keberkesanan organisasi.”

Beliau mengakui memikul beban berat kerana menjawat dua jawatan sekali gus.

Rafizi menggantikan setiausaha agung sebelum ini Datuk Saifuddin Nasution.

Berikut lantikan baru dibuat PKR:

  • Rafizi Ramli setiausaha agung
  • Xavier Jeyakumar dan Darell Leiking dilantik naib presiden.
  • Tan Yew Kew dilantik bendahari agung.
  • Nurul Izzah Anwar dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail dilantik sebagai pengarah-pengarah pilihan raya.
  • Sim Tze Tzin mengambil alih tugas pengarah strategi.
  • Fariz Musa dilantik ketua setiausaha pengelola.
  • Fahmi Fadzil kekal pengarah komunikasi.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dilantik

Datuk Saifuddin Nasution Ismail

Rodziah Ismail

Amirudin Shari

Mohdak Ismail

N Surendran

Mustapha Sakmud

Ahli biro politik dilantik

Dr Syed Husin Ali

Datuk Saifuddin Nasution Ismail

Datuk Johari Abdul

Datuk Dr Mansor Othman

N Surendran

William Leong

[Baca berita asal]