Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kerajaan pernah bercadang melaksanakan Cukai Keuntungan Modal (CGT) sebelum ini sebelum menariknya balik kerana ia memberi impak negatif kepada pasaran saham, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau bagaimanapun tidak ingat bila ianya dicadangkan tetapi berkata, pelaksanaan CGT menyebabkan pelabur lari dan pasaran saham boleh merosot.

"CGT ni akan sebabkan pelabur lari lah. Ramai yang rugi. Sampai pelabur Amanah Saham Bumiputera turut rugi.

"Pasaran merosot kerana pelabur lari. Sebab itu kita tak buat," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membidas cadangan pelaksanaan CGT oleh Pakatan Rakyat dalam belanjawan alternatif mereka Khamis lalu.

Pakatan dalam masa sama menafikan dakwaan tersebut malah menyatakan CGT dapat mengurangkan spekulasi pasaran saham dan menggalakkan pelaburan jangka panjang.

Sementara itu Ahmad turut mempertikaikan mengapa Pakatan mahu melaksanakan CGT tanpa memansuhkan Cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang lebih membebankan dari cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang disokong kerajaan BN.

Menurutnya, cukai GST sebanyak 6 peratus lebih baik daripada SST yang diperkenal pada taraf 5, 8 dan 10 peratus.

"SST ini nilainya lebih dari GST, sebab tu kita nak mansuhkan SST yang tinggi kadar cukai ini.

"Lainlah kalau mereka (pembangkang)  nak hapuskan SST juga. Ia membebankan rakyat lebih dari GST," katanya.

Lihat Komen
ADS