Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jalan lebuh raya Sprint ditutup malam Rabu
Diterbitkan:  Oct 14, 2014 8:48 AM
Dikemaskini: 5:37 AM

Lebuh Raya Sprint (arah KL) dari Persimpangan Bertingkat Kiara ke simpang Jalan Setiapuspa (dekat Restoran Victoria Station) akan ditutup selama dua malam bermula Rabu ini.

    

Menurut kenyataan MMC-Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd, penutupan jalan itu bermula dari jam 9 malam hingga 6 pagi bertujuan memudahkan kerja pembinaan portal di median Lebuh Raya Sprint.

    

Ekoran penutupan itu, aliran kontra akan dilaksanakan bagi pengguna dari Petaling Jaya ke Kuala Lumpur dengan pengguna dilencongkan ke jalan bertentangan.

    

Pengguna dari pusat bandar raya ke Petaling Jaya akan dilencongkan ke jalan bebas tol menuju  Jalan Datuk Abu Bakar dan Petaling Jaya.

    

Sementara itu, pengguna dari Mont Kiara menuju ke pusat bandar raya akan dilencongkan ke jalan bebas tol di arah Petaling Jaya.

    

Pengguna dari Kuala Lumpur menuju ke Mont Kiara dan Jalan Setiapuspa menuju ke pusat bandar raya tidak terjejas dengan aliran itu.

    

Plaza tol Tangkak

Sementara itu, laluan susur keluar di Plaza Tol Tangkak akan ditutup sementara kepada semua kenderaan bagi memudahkan kerja-kerja menaik taraf plaza tol.

    

Menurut kenyataan Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS), penutupan itu akan dimulakan pada Khamis ini mulai jam 8 malam hingga 8 pagi keesokannya.

    

Pengguna dinasihatkan mematuhi semua papan tanda dan arahan yang diberikanoleh kakitangan PLUS di kawasan itu.

    

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi PLUSline di talian 1800-88-0000.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS