'Islam, nilai teras liberal tiada konflik'
Tokoh Islam Liberal Indonesia Ulil Abshar Abdalla percaya tiada percanggahan antara nilai-nilai utama Islam dengan nilai-nilai liberal.
Ulil, yang disekat memasuki Malaysia untuk perbincangan berkaitan fundamentalisme agama, berkata liberalisme menjadikan idea kebebasan sebagai terasnya.
Malah kebebasan individu, khususnya, berkaitan kebebasan untuk
mengikuti sistem kepercayaan tertentu, jelas Ulil dalam wawancara melalui e-mel dengan Malaysiakini.
“Adakah terdapat sesuatu dalam Islam yang bertentangan dengan idea kebebasan beragama? Saya tidak fikir begitu.
“Dalam Islam, seperti juga falsafah liberal moden, kebebasan beragama menjadi hak asasi paling utama untuk dinikmati setiap individu,” katanya.
Sarjana itu juga percaya bahawa fundamentalisme agama boleh menggalakkan keganasan dan penindasan terhadap pihak yang mengguna pakai pandangan berbeza apabila Quran dan hadis diputar belit oleh kumpulan tertentu dalam Islam.
“Mujahidin boleh memutar belit surah dalam Quran untuk membenarkan pembunuhan kuffar, yang mana kuffar itu diterjemahkan secara meluas termasuk sesama orang Islam sendiri,” katanya.
Ulil dijadual menghadiri perbincangan meja bulat berhubung isu fundamentalisme agama anjuran NGO Islamic Renaissance Front (IRF) di Kuala Lumpur pada 18 Oktober.
Di bawah, disiarkan bahagian pertama temu bual dua bahagian dengan Ulil Abshar melalui emel.

