Siswa di Australia bentuk gerakan baru
Penduduk Malaysia di Australia membentuk gerakan ketika Putrajaya mengawal persatuan pelajar di luar negara.
Pengerusi Saya Anak Bangsa Malaysia Australia, Praveen Nagappan berkata, gerakan baru Malaysia Progresif di Australia (Mpoz) bertujuan mengisi kekosongan ditinggalkan Majlis Pelajar Malaysia Australia (Masca).
"Kecewa dengan suara-suara dan pandangan mereka yang tidak didengar, sekumpulan pelajar dengan pemikiran yang berani dan progresif membentuk organisasi mereka sendiri.
"Ia langkah berani oleh mereka untuk melepaskan diri daripada budaya takut," katanya dalam kenyataan medianya hari ini.
Masca berada bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan Malaysia dan diwakili oleh konsulat Malaysia.
Pada April lalu, Masca menarik balik undangan terhadap ahli Parlimen Petaling Jaya Utara daripada DAP, Tony Pua untuk berucap pada persidangan tahunan mereka selepas menerima tekanan daripada kerajaan.

