Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Subsidi minyak manfaat kelas bawah'
Diterbitkan:  Oct 23, 2014 2:50 PM
Dikemaskini: 7:59 AM

Mekanisme subsidi bersasar yang akan dilaksanakan pada Jun 2015 akan memberi faedah kepada isi rumah berpendapatan bawah RM4,000 sebulan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Hampir sah bahawa penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), yang pendapatan isi rumah mereka sebegitu, boleh menerima subsidi.

Sementara itu, golongan kelas pertengahan pula akan diberikan sebahagian subsidi manakala golongan berpendapatan tinggi akan membayar harga petrol RON95 berdasar harga pasaran.

Bagaimanapun, katanya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan masih memuktamadkan kaedah pelaksanaannya.

Bercakap dalam sidang media selepas taklimat Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Bangi, Ahmad berkata, cukai baru itu akan memberi kesan minimum 1.08 peratus terhadap kenaikan Indeks Harga Pengguna (CPI) ekoran perubahan sistem percukaian.

Menurut Bank Negara, kesan terhadap inflasi dan CPI hanya sekali dan sementara dan akan jatuh kepada dua atau tiga peratus menjelang tahun depan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS