Suhakam digesa siasat pendedahan Uthaya
Proham menggesa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menyiasat keadaan tahanan di penjara berikutan pendedahan bekas tahanan P Uthayakumar mengenai pengalamannya di Penjara Kajang.
Katanya, Akta Suhakam memberi kuasa kepada suruhanjaya itu untuk bukan sahaja mengunjungi pusat-pusat tahanan tetapi juga melakukan siasatan awam.
"Oleh itu, kami menggesa Suhakam supaya menjalankan kajian terperinci bagi memastikan layanan terhadap banduan dan keadaan di penjara adalah selaras dengan standard asas PBB," kata Pengerusi Proham, Kuthubul Zaman Bukhari dalam satu kenyataan hari ini.
Kuthubul juga meminta menteri dalam negeri dan ketua pengarah
Kuthubulpenjara supaya bekerjasama dengan Suhakam untuk menyemak semula prosedur prosedur operasi standard (SOP) semasa berhubung layanan terhadap banduan dan keadaan di penjara Malaysia
Kuthubul mengingatkan bahawa dengan penerimaannya sebagai ahli Majlis Keselamatan PBB baru-baru ini, Malaysia perlu mematuhi prinsip-prinsip asas bagi layanan terhadap banduan seperti yang diterima pakai oleh perhimpunan agung PBB.
Dalam satu siri wawancara dengan Malaysiakini minggu ini, pemimpin Hindraf itu menceritakan pengalamannya selama dua tahun di Penjara Kajang, selepas didapati bersalah atas tuduhan menghasut.
Banduan juga ada hak
Sementara itu, Kuthubul mendesak pelaksanaan prinsip-prinsip asas berhubung layanan terhadap banduan yang telah diterima pakai dan diisytiharkan oleh resolusi Perhimpunan Agung PBB 45/111 pada 1990.
Resolusi itu menyatakan bahawa semua banduan mesti dilayan dengan hormat sebagai manusia dan tidak boleh didiskriminasi atas apa-apa alasan.
Kecuali batasan yang ditunjukkan diperlukan kerana hakikat pemenjaraan, semua banduan hendaklah dikekalkan hak asasi manusia dan kebebasan asasi yang dinyatakan dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat.
Semua tahanan hendaklah mempunyai hak untuk mengambil bahagian dalam aktiviti kebudayaan dan pendidikan yang bertujuan untuk perkembangan sepenuhnya personaliti insan, kata Kuthubul.

