Menjelang keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes liwat ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk bersatu dan berjuang menentang kezaliman.

Anwar berkata mesyuarat majlis pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat sebentar tadi amat penting kerana is merujuk kepada adakah gabungan pembangkang itu masih relevan.

"Perselisihan kecil diketepikan dan sekarang kita mara sebagai satu  pasukan padu menentang Umno dengan trend perkauman makin  sempit dan jelik.

"Mesyuarat hari ini agak kritikal kerana banyak persoalan dilontarkan mengenai relevansi Pakatan Rakyat.

"Mesyuarat hari ini menguatkan komitmen kami untuk kuatkan hubungan dan teruskan programs tak kira apa yang berlaku Rabu ini," kata beliau dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Mesyuarat itu dihadiri pemimpin tinggi PKR, DAP dan PAS bagaimanapun Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak dihadir.

Bagaimanapun Anwar yang juga ketua umum PKR yakin Hadi tetap memberi komitmen terhadap Pakatan Rakyat dan  akan tetap memastikan PAS berjuang bersama mereka.

Anwar menambah berkata beliau telah bertemu bekas calon PKR DUN Bukit Besi Mohd Shamsul Mat Amin yang menyaman Hadi kerana memfitnah beliau.

'Selesai cara baik'

"Ya, saya cuba minta beliau (Shamsul) selesaikan dengan cara baik," kata Anwar mengulas kes Hadi yang dibicarakan esok di Kuala Terengganu.

Sementara itu Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata beliau dan PAS memberi komitmen membantah Akta Hasutan sepertimana bantahan mereka pada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Akta Hasutan sekarang disalahgunakan pemerintah... Hampir kesemuanya yang ditahan adalah dari pembangkang dan NGO.

"Kami akan terus berkempen alert in sepertimana kami kempen berkempen menentang ISA sehingga ditarik dan diganti.

"(Kita) terus tentang sampai akta drakonian ini dihapskan atau ditarik," katanya.

Manakala, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyamakan semangat Pakatan Rakyat dengan pasukan bolasepak terbaik dunia, Manchester United (MU).

"Saya peminat MU, saya sentiasa memuja semangat mereka bawah Alex Ferguson (bekas pengurus MU) yang berjuang sehingga akhir," kata beliau.

Ketua menteri Pulau Pinang itu turut menyatakan sekiranya Anwar dipenjara, Majlis Pimpinan Pakatan akan mengadakan mesyuarat tergempar untuk menentukanhala tuju seterusnya.