Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing Sabah yang dimulakan pada 2012 bakal dibentangkan tidak lama lagi.

Semasa menjawab soalan Marcus Mojigoh (BN-Putatan) di Dewan Rakyat hari ini, Zahid berkata siasatan itu telahpun lengkap dan bakal dibentangkan sama ada oleh beliau sendiri atau pengerusi RCI itu dalam sesi Parlimen kali ini.

Menurut beliau, penyelesaian masalah pendatang asing dan mereka yang tidak mempunyai negara akan dibentangkan dalam laporan itu.

"Penyelesaian masalah-masalah dimuatkan dalam RCI dan kita boleh selesaikannya sekiranya is tidak dipolitikkan," kata beliau.