Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Piala M'sia: Pahang cuti peristiwa Isnin ini
Diterbitkan:  Nov 2, 2014 11:00 AM
Dikemaskini: 3:07 AM

Kerajaan negeri Pahang mengumumkan cuti peristiwa Isnin ini sebagai menghargai kemenangan pasukan Pahang menjuarai Piala Malaysia 2014, malam tadi.

    

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob bagaimanapun berkata semua pegawai dan guru yang terlibat dengan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula pada hari itu hendaklah meneruskan tugas mereka seperti biasa.

    

"Semua pelajar yang terlibat dengan SPM juga mesti menduduki peperiksaan terbabit," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) di Kuantan.

    

"Pengumuman ini mengambil kira bahawa permainan bola sepak adalah permainan rakyat dan menjadi juara bukan perkara yang boleh diraih setiap tahun," katanya.

    

Pada final di Stadium Nasional Bukit Jalil, Pahang mengalahkan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) 5-3 menerusi sepakan penalti selepas terikat 2-2 selepas masa tambahan 30 minit.

    

Kedua-dua pasukan gagal mengubah kedudukan itu dalam tempoh permainan sebenar 90 minit.

    

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS