Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penerbit buku sentuh isu sensitif kaum mohon maaf
Diterbitkan:  Nov 4, 2014 5:27 PM
Dikemaskini: 1:02 PM

Penerbit buku kerja yang mengandungi soalan yang dianggap menyentuh 'isu sensitif kaum', telah meminta maaf selepas beberapa ahli Parlimen menimbulkan kebimbangan mereka tentang perkara itu di Dewan Rakyat semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Info Didik ,William Tong berkata beliau juga telah mengarahkan buku kerja bertajuk 'Kertas Model Sebenar SPM Bahasa Malaysia' itu ditarik balik dari pasaran.

Tong berkata, bayaran balik akan diberikan kepada mana-mana ibu bapa yang mahu memulangkan buku kerja it, demikian menurut satu laporan Sin Chew hari ini.

Beliau mengakui bahawa editor berkenaan tidak cukup sensitif dalam penggunaan kata-kata dalam buku kerja itu, yang mengandungi frasa seperti 'kaum Cina sanggup membunuh kaum Melayu'.

MP Sibu Oscar Ling telah menyuarakan kebimbangannya semalam tentang buku kerja itu, dan menuntut Kementerian Pendidikan menyiasat perkara itu.

Tong menegaskan beliau bukan ahli politik dan tidak bermaksud untuk soalan-soalan mengandungi kandungan mengenai perkauman.

Beliau menjelaskan soalan-soalan itu adalah berdasarkan cerita pendek yang bertajuk 'Melissa', dari antologi Harga Remaja, yang merupakan sebahagian daripada sukatan pelajaran sekolah.

Katanya, beliau tidak menjangka buku kerja itu akan mencetuskan kontroversi dan bahkan ditanya oleh ahli keluarganya sendiri.

"Malah ayah saya telah bertanya kepada saya tentang perkara itu, ia jelas satu isu sensitif bagi masyarakat Cina," katanya.

Tong berkata beliau berharap perkara itu akan dapat diselesaikan secepat mungkin.

[Baca berita penuh/asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS