Wahid: Kidex masih perlu kelulusan S'gor
Projek Lebih raya Kinrara Damansara (Kidex) masih memerlukan kelulusan daripada kerajaan negeri Selangor berkaitan penebusgunaan tanah, kata kerajaan pusat.
Dalam jawapan bertulis kepada Tony pua (DAP-Petaling Jaya Utara), Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata sekalipun Kementerian Kerja Raya dan pihak konsesi Kidex telah menandatangani perjanjian pada 2013, kerajaan negeri perlu meluluskan projek itu.
"Penebusgunaan tanah untuk projek ini memerlukan kelulusan daripada kerajaan negeri Selangor," katanya.
Sementara itu, Abdul Wahid juga mendakwa bahawa jangkaan bahawa lebih raya utu hanya mengurangkan kesesakan trafik sekadar 4 peratus adalah tidak tepat.
Sebaliknya, katanya, lebuh raya itu sebalikya akan mengurangkan kesesakan antara 16 hingga 21 peratus dalam empat jalan utama yang berbeza.

