KINIBIZ Media Prima menawarkan skim perpisahan kepada kakitangannya ketika ia bergelut untuk terus bertahan ekoran kemerosotan keuntungan.

Kakitangan di Media Prima telah diberitahu bahawa mereka boleh memilih untuk menerima skim itu mulai hari ini yang akan menawarkan bayaran perpisahan berdasarkan gaji terakhir mereka dan senioriti.

Kumpulan media itu, dalam surat kepada kakitangannya yang dilihat KiniBiz hari ini, berkata ia sedang berusaha untuk mengurangkan tenaga kerjanya bagi mengukuhkan kecekapan operasi di tengah-tengah keadaan pasaran yang mencabar.

Media Prima berharap skim itu akan dapat memperbaiki tahap

produktiviti mereka secara keseluruhan dengan mengurangkan "kakitangan lebihan".

Kakitangan yang memilih untuk menerima tawaran itu akan dibayar pampasaan bersamaan dengan satu setengah kali tempoh tahun perkhidmatan mereka dikali dengan gaji pokok terakhir mereka.

Kakitangan yang hampir mencapai umur persaraan akan mendapat pampasan berdasarkan gaji pokok terakhir mereka dikalikan dengan jumlah bulan menjelang persaraan.

Tawaran itu dibuat sehingga 21 November.

Baca berita penuh/asal di KiniBiz