BERITA

Guru gesa k'jaan tak rayu ganti rugi RM300,000

Ram Anand

Diterbitkan
Dikemaskini 11 Nov 2014, 8:15 pagi

Noorfadilla Ahmad Saikin, bekas guru gantian yang ditamatkan perkhidmatan kerana mengandung, menggesa kerajaan agar tidak memfailkan satu lagi rayuan terhadap perintah ganti rugi RM300,000 kerana memecatnya.

Noorfadilla, 31 tahun, hadir di Parlimen untuk menggesa semua MP agar meminda Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan untuk memastikan tiada diskriminasi jantina di sektor swasta dan awam.

Kerajaan Persekutuan sebelum ini merayu kes itu yang dimenanginya di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada tahun 2011 sebelum menarik balik rayuan itu.

Noorfadilla menggesa kerajaan agar tidak mengulangi proses rayuan itu yang menyebabkan ganti rugi kepada beliau tertangguh selama 23 bulan.

"Saya berterima kasih kepada semua yang menyokong saya sejak 5 tahun 10 bulan yang lepas," katanya.

[Baca berita asal]

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.