Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang melibat tiada sebab untuk mengaudit 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kerana ia telah diaudit oleh syarikat besar antarabangsa.

Katanya, 1MDB sudah diaudit oleh salah satu daripada empat syarikat pengauditan besar, yang dirujuk sebagai “big four”.

Justeru, katanya, tiada sebab untuk ia diaudit sekali lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita kenapa audit tidak dibuat terhadap syarikat pelaburan kontroversi itu.

Siri ketiga Laporan Ketua Audit Negara 2013 dikeluarkan pada Isnin lalu.

[Baca berita asal]