Dalam acara yang jarang-jarang berlaku, Lembaga Penapisan Filem (LPF) akan memberi peluang kepada penonton terpilih untuk menonton bahagian yang tidak diluluskannya.

Klip-klip itu akan ditayangkan dalam acara tertutup untuk pihak televisyen, studio dan juga wartawan minggu depan.

Orang ramai juga mungkin berpeluang menonton material yang dianggap provokatif itu.

Mereka hanya perlu hadir ke karnival 60 tahun LPF di pusat membeli belah Alamanda Putrajaya pada 22 dan 23 November untuk menempah tayangan peribadi pada hari itu.

Acara itu tidak bertujuan menunjukkan bahawa LPG tidak menapis sesebuah karya sewenang-wenangnya.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata, ia bertujuan menjelaskan tindakan LFP yang sering berdepan dakwaan memotong babak artistik yang boleh menarik penontin dan menambah nilai sesebuah filem.

Zahid bercakap demikian kepada pemberita dalam sidang media di Bukit Aman di ibu negara hari ini.

LPF menapis filem-filem yang berunsur seks dan ganas keterlaluan serta babak yang menyentuh sensitiviti agama dan politik.

[Baca berita asal]