Lebih 1,000 dijangka hadiri ulang tahun Mkini
Diterbitkan: Nov 19, 2014 10:42 AM | Dikemas kini: Nov 19, 2014 11:02 AM
Majlis sambutan ulang tahun ke-15
Malaysiakini
dan pelancaran ibu pejabat barunya, @Kini, dijangka dihadiri lebih 1,000 orang Sabtu ini.
Majlis tersebut - yang dihoskan oleh portal berita pertama di negara ini - akan bermula pada jam 7 malam dan akan diserikan oleh beberapa persembahan menarik.
Pada majlis yang akan berlangsung dalam suasana santai pada malam itu, warga
Malaysiakin
i akan meraikan mereka yang telah membantu organisasi media ini berkembang seperti hari ini.
Malaysiakini
juga akan membuka pintunya kepada orang ramai dari jam 4 petang hingga 7 malam untuk melawat bangunan pejabat barunya yang terletak di Jalan Tandang, Petaling Jaya (lihat peta di bawah).
Pelawat akan dapat menyaksikan 'The Wall' setinggi tujuh kaki, yang terdiri daripada 1,040 bata yang memaparkan nama para penyumbang kepada kempen 'Buy a Brick'.
Pada jam 7 malam, sambutan akan bermula dengan pelancaran @Kini, diikuti majlis jamuan pelbagai makanan dan hiburan di luar bangunan tersebut.
Dan pelancaran @Kini akan dilakukan oleh kakitangan
Malaysiakini.
Antara penghibur pada malam itu ialah Magnifico, band akustik yang akan mempersembahkan pelbagai lagu untuk hiburan para hadirian yang berbilang kaum.
Kumpulan tersebut terdiri daripada Mira Mohd Hatta yang bermain gitar irama, Oyent Hazryl (percussions) Che Ai (double bass), Jay Cugat (gitar utama) dan Agus Rafiz bermain drum.
Mereka akan menyajikan persembahan dari lagu-lagu klasik seperti 'Hotel California' hingga ke lagu pop hits terkini, untuk memenuhi selera hadiri dari pelbagai peringkat umur.

