PM: Sederhana tak bererti sokong liberalisme
Diterbitkan: Nov 23, 2014 12:32 PM | Dikemas kini: Nov 23, 2014 12:52 PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini menjelaskan konsep kesederhanaan yang diketengahkannya bukan bererti menyokong fahaman pluralisme atau liberalisme.
Bagaimanapun, menurut beliau, sesetengah pihak tidak memahami atau sengaja tidak mahu faham mengenai konsep itu.
“Kesederhanaan tidak bererti kita sokong pluralisme atau liberalisme.
“Apa-apa pun mesti mengikut hukum syarak dan syariat Islam,” ujarnya dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia hari ini.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.