Menteri: MMC akan siasat laporan kecuaian doktor
Diterbitkan: Nov 26, 2014 9:10 AM | Dikemas kini: Nov 26, 2014 9:18 AM
Majlis Perubatan Malaysia (MMC) akan menyiasat laporan mengenai kecuaian profesional doktor, kata Menteri Kesihatan, Datuk Dr S Subramaniam.
Selepas siasatan, katanya, jika terdapat kes kecuaian, tindakan boleh diambil dengan memberi amaran, menggantung, atau membatalkan pendaftaran doktor berkenaan.
Subramaniam berkata demikian ketika menjawab pertanyaan
Malaysiakini
sama ada kementeriannya sedang menyiasat kes remaja
G Tinasha yang didakwa ibu bapanya meninggal dunia akibat kecuaian kakitangan perubatan Hospital Assunta.
Ibu bapa remaja itu telah membuat dua laporan polis terhadap hospital swasta yang terletak di Petaling Jaya itu.
Mereka membuat laporan kedua dua hari lalu selepas gagal mendapatkan laporan perubatan anak perempuan mereka yang berusia 14 tahun itu.

