Lahad Datu, nahas MAS satukan rakyat
Antara topik pengenalan yang disampaikan Najib dalam ucapannya itu ialah mengenai solidariti.
Beliau menyentuh mengenai insiden pencerobohan pengganas dari Selatan Filipina pada Febuari 2013, tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, pada 8 Mac lepas dan peristiwa berdarah pesawat MAS, MH17, ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai lepas.
Beliau berkata kesemua tragedi itu telah membawa rakyat di negara ini bersatu untuk menghadapinya dengan tabah dan beliau menyifatkan ia "Inilah lambang Solidariti".
"Rakyat Malaysia secara keseluruhan menunjukkan semangat muafakat yang cukup luar biasa. Khususnya pada hari berkabung. Kita ingin semangat persatuan ini diteruskan sampai bila-bila.
"Inilah lambang perpaduan yang dinamakan
Solidariti," katanya yang menyebut perkataan 'solidariti' itu beberapa kali.
- Bernama

