Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamuddin Hussein menegaskan bahawa Majlis Peguam tidak berkuasa mutlak ke atas ruang perbincangan tentang undang-undang.

Menurut Hisham, kewujudan Unit Perundangan Umno yang dikenali sebagai 'Kawan Sebenar Umno' adalah bukti yang Majlis Peguam tidak mewakili suara semua peguam.

Unit itu yang juga dikenali sebagai Bona Fide Friends of Umno ditubuhkan pada awal November di bawah Biro Perundangan dan Perlembagaan Umno.

"Undang-undang bukan hak mutlak Bar Council. Soal perundangan adalah hak seluruh rakyat Malaysia.

"Undang-undang perlu dilaksanakan dengan adil dan saksama," kata Hishammuddin dalam ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agung Umno ke-65 petang ini.

Koordinator 'Kawan Sebenar Umno', Datuk Razali Ibrahim sebelum ini berkata kewujudan badan itu bukanlah untuk menyaingi Majlis Peguam.

Sebaliknya, ia akan berperanan untuk menyeimbangkan pandangan badan guaman tersebut.

Lihat Komen
ADS