Datuk Seri Najib Razak digesa membuat kenyataan sebagai menteri semasa persidangan Dewan Negara berhubung dakwaan diskriminasi terhadap Dayak dalam sektor perkhidmatan awam.

Anggota parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang berkata perdana menteri perlu menyentuh itu sekitar kenaikan pangkat, terutamanya dalam Jabatan Pengangkutan Jalan Sarawak, yang mencetuskan kemarahan penjawat awam dan profesional negeri.

Kumpulan itu, kata Lim, melihatnya sebagai bukti diskriminasi terhadap bumiputera bukan Melayu di sektor perkhidmatan awam kerajaan persekutuan.

Ketua anggota parlimen DAP itu juga berkata senarai yang dimuat naik di Internet menyaksikan lapan penguat kuasa berjaya dalam kenaikan pangkat daripada gred N27 kepada N32, manakala tiga lagi pegawai berketurunan Dayak diletakkan sebagai “simpanan”.

“Bagi Dayak, senarai itu mengesahkan apa yang dirasai mereka selama ini dan seperti apa yang tercatat dalam Laporan Pembangunan Manusia Malaysia 2013 – diskriminasi berlaku di kalangan bumiputera bekerja dalam sektor perkhidmatan awam, dengan orang Melayu diberi keutamaan berbanding masyarakat pribumi,” kata Lim.

Minggu lalu, muncul cemuhan di Internet yang mahukan presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Menteri Pembangunan Tanah James Masing meletakkan jawatan selepas didakwa berlaku “peminggiran” terhadap kumpulan majoriti negeri sepanjang 50 tahun pemerintahan BN.

Najib minggu lalu turut mengumumkan membatalkan hasratnya mahu memansuhkan Akta Hasutan 1948, antaranya bagi mengekang pengaruh agenda pemisahan di Malaysia Timur.

[Baca berita asal]